Tuesday 13 November 2012

Salam Perkenalan

          Alhamdulillah syukur kehadratNya dengan dibinanya blog ini akan dapat dikongsikan segala maklumat bersama semua pelawat khasnya kepada anak didik di SK Sibu Jaya tentang aktiviti dan maklumat berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4.
          Dengan wujudnya blog ini, diharap anda semua terutamanya rakan pendidik sudi-sudilah memberi komen yang membina agar laman blog ini menjadi medium yang menarik dan menjadi pendorong kepada para pelajar untuk menggunakan internet ke arah yang memberi manfaat dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan menjadikan pelajar mempelbagaikan sumber ilmu selain daripada ilmu yang disampaikan oleh guru di sekolah.
          Dengan sokongan anda semua, insyaallah laman blog ini akan terus menyampaikan maklumat yang terkini untuk semua pihak. Akhir kata, terima kasih kerana melawat laman blog ini. Semoga berjumpa lagi.